PROGRAM HARI KELUARGA 1 MALAYSIA

TARIKH: 2 NOVEMBER 2013 (SABTU)
MASA: 9.00AM- 2.00PM
TEMPAT: DEWAN PERANGINAN SK KARAMUNTING
PROGRAM: "HARI KELUARGA 1MALAYSIA"
PERASMI: CIK HAZULIZAH MD DANI KETUA PUTERI UMNO BATU SAPI

Syukur Alhamdulilah program kedua Puteri UMNO Batu Sapi bersama NGO berjalan dengan lancar.
Hasil perbincangan Puteri bersama penganjur Program memberi kata sepakat yang melancarkan lagi perjalanan majlis. Ketua Puteri UMNO Batu Sapi Cik Hazulizah mohd dani turut memberi sumbangan peribadi dengan menyediakan piala bagi Pertandingan ratu fesyen kanak-kanak dan pertandingan menyanyi bagi Tahap 1, 2 dan 3. 

Ketua Puteri dalam ucapannya menekankan kepentingan pendidikan kepada masyarakat sebagai aspek penting yang mampu mengubah kehidupan individu. Selaku ketua Puteri UMNO Batu Sapi yang baru ketua Puteri akan memfokus Program berbentuk pendidikan dalam program-program terancang dimasa akan datang. Ketua Puteri memaklumkan penglibatan dalam program berteraskan pendidikan bukanlah yang terakhir pada program "Hari Keluarga 1Malaysia" ini tetapi sebagai langkah permulaan selaku Ketua Puteri UMNO Batu Sapi.

Program Seumpama ini amatlah baik bagi mengalakkan perkembangan minda murid-murid dalam melatih keyakinan diri dan memperkayakan lagi kebolehan murid-murid dari sudut kemahiran dan daya kreativiti murid selain mengeratkan silaturahim peserta yang terlibat. Ketua Puteri juga mengharapkan masyarakat tidak memandang parti politik dan sayap puteri sebagai platform politik semata-mata tetapi Puteri juga turut mefokus kepada program-program berteraskan pendidikan dalam membentuk modal insan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Puteri UMNO Batu Sapi Mengucapkan Jutaan terima Kasih atas Kerjasama Yang diberikan oleh pihak sekolah, Perbadanan NGO dan Barisan Ajk Puteri UMNO Batu Sapi yang turut memberi komitment terhadap program "Hari Keluarga 1Malaysia"

Barisan Kepimpinan Puteri UMNO Batu sapi sesi 2013-2016

Ucapan perasmian Oleh Ketua Puteri UMNO Batu Sapi Cik Hazulizah Md Dani turut hadir Puan Jamayah Hj Sapawi Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga dan masyarakat Parlimen Batu Sapi dan Mr Alex Loh Ket hau, pemimpin Kemajuan Rakyat N.44 Karamunting
Puan Jamayah Hj Sapawi Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat parlimen Batu Sapi Merangkap Pengerusi PIBG Sk Karamunting bersama Barisan Ahlijawatankuasa beliau.

Ucapan Alu-aluan daripada Guru Besar Sk Karamunting Encik Mokthar bin mohd Neng

Antara peserta Ratu fesyen Kanak-kanak 

Peserta Pertandingan Menyanyi Menyanyikan Lagu Tegar "Aku Yang dulu Bukanlah yang sekarang"

Ibu bapa dan Murid-murid yang menghadiri Program tersebut

Ketua Puteri UMNO Batu Sapi Cik Hazulizah Md Dani Menyampaikan Hadiah tiket bertuah kepada peserta

Naib Ketua Puteri UMNO Batu Sapi Cik Katizah Ebrahim menyampaikan hadiah kepada Pemenang Ratu Fesyen kanak-kanak

Ketua penerangan Puteri UMNO Batu Sapi Puan Suhana Awg Tahir Menyampaikan hadiah tiket Bertuah kepada peserta.

Pen.Setiausaha kerja Puteri UMNO Batu Sapi Cik Jaslina menyampaikan hadiah Saguhati kepada semua Peserta yang terlibat. 
Bergambar kenangan Bersama Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat parlimen Batu sapi Merangkap Pengerusi PIBG Sk Karamunting Puan Jamayah Hj sapawi

Sesi  Perbincangan: Encik Mokthar mohd neng Guru Besar Sk Karamunting memaklumkan masalah di sk Karamunting  dengan Mr Alex Pemimpin Kemajuan rakyat N.44 Karamunting (wakil YB Charles Pang), Puan Jamayah Hj Sapawi Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Parlimen Batu Sapi, Cik Hazulizah Md Dani Ketua Puteri UMNO Batu Sapi dan Encik Abidin Jinal Abidin AJK Bahagian UMNO Batu Sapi


Sesi perbincangan mengenai Keperluan dan Permasalahan SK Karamunting


~ASPIRASI MUDA PENERUS PEJUANGAN UMNO BATU SAPI~

POTENSI DAN PELUANG KERJAYA DALAM PROGRAM KRAF KREATIF

TARIKH: 1 NOVEMBER 2013 (JUMAAT)
MASA: 9.00AM- 3.00PM
TEMPAT: KELAS MENJAHIT BANGUNAN KEMAS KG KARAMUNTING
ANJURAN: MAJLIS PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT PARLIMEN BATU SAPI .

Pada 1 November 2013 satu Program Kraf Kreatif telah dianjurkan dengan penyertaan daripada kalangan wanita yang berumur 25-50 tahun bertempat di Kampung Karamunting melibatkan 30 penyertaan. Program ini telah dirasmikan Oleh Cik Hazulizah Mohd dani iaitu Ketua Puteri UMNO batu Sapi.

Ketua Puteri UMNO Batu Sapi dalam Wawancara bersama Pemberita Encik Rozzalin memaklumkan Program Seumpama ini merupakan salah satu program "outreach" yang memberi pelbagai manfaat kepada golongan wanita sebagai pendorong kepada peserta untuk menceburi bidang keusahawanan, ilmu yang diperolehi melalui kursus-kursus kemahiran boleh digunakan untuk menambah mata pencarian keluarga disamping mengisi masa lapang Para belia dengan aktiviti yang lebih bermanfaat. Ketua Puteri umno Batu Sapi juga mengharapkan agar Peserta kursus dapat menyebarluaskan kemahiran tersebut kepada kaum ibu dan belia yang tidak dapat menghadiri program tersebut.

Ketua Puteri UMNO Batu Sapi Cik Hazulizah Md Dani juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas jemputan Badan NGO untuk menjadi perasmi pada program tersebut dalam masa yang sama merasai sendiri pengalaman  menghasilkan bahan perhiasan mengunakan manik. Aktiviti seumpama ini bukan saja merapatkan silaturahim antara penduduk tetapi juga memperkayakan pengetahuan dan kemahiran untuk dimanfaatkan.

Bergambar bersama sebahagian AJK Puteri UMNO Batu Sapi yang turut menjayakan Program Kraf Kreatif
Antara Kraf yang dihasilkan Oleh Peserta

Kaum Ibu-Ibu turut menyertai Program tersebut
Bergambar Kenangan Bersama Puan Sabariah wakil daripada NGO, Guru KEMAS dan Peserta 

Tekun Cik Azimah AJK Puteri UMNO Batu Sapi Turut menyertai Program Tersebut


TERIMA KASIH ATAS JEMPUTAN SEMOGA KERJASAMA SENTIASA TERJALIN

~ASPIRASI MUDA PENERUS PERJUANGAN UMNO BATU SAPI~





KENDURI KESYUKURAN PUTERI UMNO BATU SAPI

Terima kasih kepada YB Datuk samsudin Hj Yahya Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi Merangkap Adun N.43 Sekong, Encik Ariffin Asgali Timbalan Ketua bahagian UMNO Batu Sapi, Puan Rahimah Asrah Ketua Wanita UMNO Batu Sapi, Naib Ketua Pemuda Encik Azmi Jamal, AJK wanita, AJK Pemuda, AJK Puteri, Ketua-Ketua Cawangan, Ketua Cawangan Puteri, Para Perwakilan, Keluarga dan Sahabat Handai Yang sudi hadir di Majlis Kesyukuran dan Ramah Mesra Puteri UMNO Bahagian Batu Sapi pada 26.10.2013 yang lepas. Hanya Allah S.w.t Sahaja yang dapat membalas Jasa Baik Kalian.

YB DATUK HJ SAMSUDIN YAHYA KETUA BAHAGIAN UMNO BATU SAPI

PARA TETAMU YANG HADIR

NAIB KETUA PEMUDA UMNO BERSAMA SEBAHAGIAN AJK PEMUDA UMNO BATU SAPI

AJK PUTERI UMNO BATU SAPI

SEBAHAGIAN KETUA-KETUA CAWANGAN

BARISAN KEPIMPINAN PUTERI UMNO BATU SAPI

SEMOGA UKHWAH TETAP MEKAR SEINDAH PERJUANGAN

TERIMA KASIH SEMUA

~ASPIRASI MUDA PENERUS PERJUANGN UMNO BATU SAPI~







PUTERI UMNO BATU SAPI SESI 2013-2016

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

SYUKUR ALHAMDULILAH PEMILIHAN "KEKELUARGAAN" PUTERI UMNO BATU SAPI TELAH PUN BERLALU. PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN BATU SAPI MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PERWAKILAN PUTERI YANG TELAH MEMBERIKAN MANDAT DAN KEPERCAYAAN KEPADA BARISAN KEPIMPINAN PUTERI UMNO BATU SAPI BAGI SESI 2013-2016.

SESUNGGUHNYA JAWATAN INI MERUPAKAN AMANAH, AMANAH YANG PERLU DI JAGA SEBAIK-BAIKNYA. KERANA AMANAH INI AKAN MENJADI JANJI ANTARA PEMIMPIN DAN ALLAH S.W.T. 

KITA MERANCANG TAPI SEBAIK-BAIK PERANCANGAN IALAH DARIPADA ALLAH S.W.T OLEH ITU AMATLAH BESAR TANGGUNJAWAB YANG DIPIKUL OLEH PUTERI UMNO BATU SAPI DALAM MEMANTAPKAN DAN MENERUSKAN AGENDA PERJUANGAN UMNO DI BATU SAPI. PUTERI UMNO BUKANLAH SEKADAR "BUNGA MEJA" ATAU SEKADAR "BUNGA MANGGAR" TETAPI PERLU MEMAINKAN PERANAN YANG BESAR SEBARIS DENGAN WANITA DAN PEMUDA DALAM MENGHADAPI PRU14 DALAM MEMARTABATKAN PERJUANGAN BARISAN NASIONAL DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

SALAM PERJUANGAN DARIPADA PERGERAKAN PUTERI UMNO BATU SAPI BUAT SEMUA..

Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi YB Datuk Hj Samsudin bin Yahya Bersama Barisan Pergerakan Puteri UMNO Batu Sapi Sesi 2013-2016

Encik Zantapah Bin Zainal Abidin Bersama Barisan Pergerakan Puteri UMNO Batu Sapi dalam Mesyuarat Pertama Puteri UMNO Batu Sapi 
Bergambar Kenangan Bersama YB Datuk Samsudin Hj Yahya Ketika Pemilihan Bahagian UMNO Batu Sapi 2013
~ASPIRASI MUDA PENERUS PERJUANGAN UMNO BATU SAPI~