POTENSI DAN PELUANG KERJAYA DALAM PROGRAM KRAF KREATIF

TARIKH: 1 NOVEMBER 2013 (JUMAAT)
MASA: 9.00AM- 3.00PM
TEMPAT: KELAS MENJAHIT BANGUNAN KEMAS KG KARAMUNTING
ANJURAN: MAJLIS PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT PARLIMEN BATU SAPI .

Pada 1 November 2013 satu Program Kraf Kreatif telah dianjurkan dengan penyertaan daripada kalangan wanita yang berumur 25-50 tahun bertempat di Kampung Karamunting melibatkan 30 penyertaan. Program ini telah dirasmikan Oleh Cik Hazulizah Mohd dani iaitu Ketua Puteri UMNO batu Sapi.

Ketua Puteri UMNO Batu Sapi dalam Wawancara bersama Pemberita Encik Rozzalin memaklumkan Program Seumpama ini merupakan salah satu program "outreach" yang memberi pelbagai manfaat kepada golongan wanita sebagai pendorong kepada peserta untuk menceburi bidang keusahawanan, ilmu yang diperolehi melalui kursus-kursus kemahiran boleh digunakan untuk menambah mata pencarian keluarga disamping mengisi masa lapang Para belia dengan aktiviti yang lebih bermanfaat. Ketua Puteri umno Batu Sapi juga mengharapkan agar Peserta kursus dapat menyebarluaskan kemahiran tersebut kepada kaum ibu dan belia yang tidak dapat menghadiri program tersebut.

Ketua Puteri UMNO Batu Sapi Cik Hazulizah Md Dani juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas jemputan Badan NGO untuk menjadi perasmi pada program tersebut dalam masa yang sama merasai sendiri pengalaman  menghasilkan bahan perhiasan mengunakan manik. Aktiviti seumpama ini bukan saja merapatkan silaturahim antara penduduk tetapi juga memperkayakan pengetahuan dan kemahiran untuk dimanfaatkan.

Bergambar bersama sebahagian AJK Puteri UMNO Batu Sapi yang turut menjayakan Program Kraf Kreatif
Antara Kraf yang dihasilkan Oleh Peserta

Kaum Ibu-Ibu turut menyertai Program tersebut
Bergambar Kenangan Bersama Puan Sabariah wakil daripada NGO, Guru KEMAS dan Peserta 

Tekun Cik Azimah AJK Puteri UMNO Batu Sapi Turut menyertai Program Tersebut


TERIMA KASIH ATAS JEMPUTAN SEMOGA KERJASAMA SENTIASA TERJALIN

~ASPIRASI MUDA PENERUS PERJUANGAN UMNO BATU SAPI~





No comments:

Post a Comment